بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Loving someone who doesn't love you back is like hugging a cactus...
The tighter you hold on, the more it hurts. ^^





Monday 23 July 2012

fakta single itu best :)

Assalamualaikum dear :)

di sini saya nak share sikit mengenai satu fakta yang diterima..
cewah.. mcm dapat berita penting pulak kan !

fakta ni open untuk semua jenis jantina ya kawan-kawan :)
so, tak da unsur-unsur diskriminasi lah kat sini :)
teettt kat bawah ni fakta nya!

8 fakta SINGLE ITU BESt:

1. Nak keluar dengan kawan2 lelaki/perempuan bebas

2. Nak mesej/call dengan kawan2 lelaki/perempuan tak da limit

3. Tak perlu nak fikir pasal orang lain

4. Tak akan mengalami masalah gaduh dengan bf/gf

5. Mendapat tidur yang secukupnya

6. Telinga tak sakit dengar bebelan

7. Duit boleh simpan, takde nye nak topup untuk kapel ke, belikan hadiah ke kan

8. Single is simple,Couple is trouble

kat sini ada 8 jaa,
mungkin anda boleh menambah sendiri kalau nak!
betul ke?? 
haha. mungkin jugak. bagi saya yang 'single binti mingle' ni..
cewwah.. single ka??
haha.. opss tak dak unsur mempromotekan diri okeyh.. =.=
oke bagi saya mungkin betul jugak..

bila single ni kadang2 membuatkan ourself more independent
it's bcoz tak ada sapa2 nak amek kisah kat diri kita.. 

alolo.. kalo gitu tak sunyi ka macam tuh ??
HAHA. kadang2 feel kesunyian jugak lah kan. :(

ya la.
henset pon sunyi ja. tanpa 

'20 message receive'
&
80 misscall receive'

yo dak?
  
but..

ada hikmah nya.. anda patut bersyukur jika Allah tidak mengurniakan boyfriend/gf dekat yourself ! 
sebab nya Allah SWT nak melindungi diri kita dari perkara2 yg berkemungkinan akan melanggar syara'.
(couple itu haram -UAI kata) ikut ja..

kadang-kadang mak mesti tanya kan

'hang tak dak boyfreind ka nak bawak jumpa mak?'
haha
kita pon yg tak dak calon ni pon

 suddenly

speechless!!
OMG..

'tak dak lagi mak..' :(

dalam hati..mak tolong carikan lah..( pilihan ibu tu kan yg terbaik :) )
tapi tak berani luahkan kan??
haha..

hello sporting lah sikit.. 
suruh ja mak cari kalo dah xdak calon tuh..
 heeee :)

"... Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturan seluruh hidupmu sebaik-baiknya ...

and saya tak kisah lah kalo ramai yg tak setuju dengan this opinion,
thats from me, not yours ^^

(opinion during i'm 20 y/o)
HEHE

if kita tengok zaman sekarang pon tak ramai dah single sekarang.

kan?? 

yang mana dah ada calon.
dengan harapan berkekalan hingga ke jinjang pelamin :)
amin..
bahagia dengan kawan-kawan semua.
buat sahabat-sahabat yang sudah & akan berumah tangga..
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

:)

wahai kaum hawa dan juga diri ini..
ingatlah..

Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…

Wanita yang aku rindui

Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya senantiasa membesarkan Allah

Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Karena aku dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda

Wanita yang aku sukai
Menjadi Dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di kemudian hari

Sesungguhnya Wanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah diriku, dirimu dan seluruh kaum Hawaku…


: )

p/s : Apabila kita menasihati orang bukanlah bermakna kita lebih baik, cuma berusaha menambah kebaikan. Itu sahaja. Usaha mengajak kepada kebaikan itu tanggung jawab bersama.   Dr. Hj. Tengku Asmadi 

Assalamualaikum wbt.

 

 

Saturday 21 July 2012

surat cinta buat bakal suamiku ^^



Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup,
siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan
aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana..

Tetapi aku punya keinginan seperti gadis lain,
Dilamar lelaki yang jiwanya pada yang Esa,
memimpinku ke arah matlamat yang nyata berlandaskan agama..

Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,
Allah pasti mencampakkan rasa rasa kasih dalam hatiku,
jua hatimu kali pertama kita berpandangan..
itu janji Allah..

Akan tetapi,
selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau
masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu..

Juga jangan kau lampaui batasan yang telah di tetapkan syara',
aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik
dalam kehidupan kita kelak..

Permintaanku tidak banyak,
Cintailah aku bila tiba saat nya.. bawa aku ke Syurga-Nya..



  p/s : dengan harapan tak dak seorang pun baca apa yg aku hapdet ni.
malu ! =.= haha.

Friday 20 July 2012

salam ramadhan :)

salam semua :)

macam mana hari ni? mesti makan banyak2 kan??
10x sehari makan kan??
mana tak nya, esok nak puasa dah kan..
tak sabaq semuanya ! :)

Alhamdullillah kita masih lagi dipanjangkan umur 
untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini..
syukur kepada Allah SWT.




so, kat sini ada tips sikit how to us complete the Quran in Ramadhan month.
disamping mengisi masa lapang time bulan puasa ni kan :)
InsyAllah together we practise 
and Allah will help us!



di samping itu, di bulan yang mulia ini,
jangalah kita membazir ya! 
kalo pi bazar , belilah ala kadar sja.
InsyAllah kenyang..
ingatlah mereka yang tak semewah kita ^^

if u see their face, u will understand what they fell !


jika tak dapat membantu mereka, cukuplah selalu mengingati mereka.
lagi satu,
jangan lupa niat puasa taw!
:)




p/s : malam ni jangan lupa terawih :)
marhaban ya Ramadhan.

Thursday 19 July 2012

puding buih yang patut dicuba!


salam semua :)

kat sini nak share how to make this puding.
ni pon share kat org.. hihi ^^
sbb cantik sangat the physical looking!
selamat mencuba kawan-kawan :)
ayoohhh!

PUDING BUIH

tudiaa.. sodapp nya!


Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

1) Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2.
Kacau sebati.

2) Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya).
Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu.

3) Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

4) Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.

5) Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail.
Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan..

6) Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

cantik mangkuk dia! mesti mahai kan? hehe :)


 UTK KUAH dia pulak ^^

1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

1) Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih.
    Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.

2) Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.
    Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
    Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah.
    Sedap dimakan masa sejuk.

**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

apa tunggu lagi?? potong copet!


credit to :  http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/07/cer-teka-cer-teka.html


p/s : boleh buat time bukak puasa nih!
        pastu jgn lupa post mai sini cikit :)

salam ramadhan :)

Monday 16 July 2012

when we as student volunteers!

salam semua..
akhirnya dapat merasa bercuti kat rumah walaupun semua orang dah cuti awal kan..

seriously, sgt best bila jadi sukarelawan siswa ni.. untuk program im4u yg berlangsung 15 july..
tgk tv tak semua??
kami masuk tv taw.. org cite.. mungkin ^^

untuk 1st day..mmg macam sia2.. siap update status bagai..
sbb kami dari upm terlambat! ouh.. tido ja hari 2..
then malam 2, mmg kena la upm dgn org yg handel program.. tapi sbb kami ni semua happy gud lucky..tak mkn saman lagi..mmg terbaiklah.. ciap boleh buat bising lagi dlm dewan 2..dgn pakai baju sama dari tengahari lagi sampai tengah malam..terbaik lah.. :)

for 2nd day

best sbb dapat jadi cikgu untuk bdk2 drjah 5 n 6..
all of them sgt comey..
dis time is my 2nd experience ajar budak2..
walaupn xdpt jd cikgu, tp dpt jgak merasa a little bit of teacher exprnce :)

untuk ptg 2 plak..move to esplanade klcc..
baru taw nma dia esplanade... ouhh ^^
ramai org sgt kat situ..
nak amek wuduk kat masjid mcm nak berebut naik ktm kat BTS
alhamdullilh..
ramai muslim dan muslimat yang xlupa dgn tanggungjwb kpd ALLAH swt.. :)

then, siap persatuan orang asli pon mai jugak..pkai daun2 atas kepala lagi.
tapi xsempat nak snap pic with them.. hihi
yg best nya , dpt kepci free taw! rugi sapa2 xp..


meet my friend yg dah setahun xjumpa, yana :)
tgok bleh siap peace lagi ^^
smartors(smart educators) yang dikehendaki.. hikhik
9 from 21 gurls :)
kolej kelima sentiasa di hati :)
us at pulau kecil,serious masuk tv kot :)

kepci free..snake plate lagi taw! thanks pm! we <3 u PM :)
esplanade, klcc :)
tudia, bersama ceo-to-be of yss.. abg pido kita.. senyumm :)
comey semua :)
depan booth yss :) thanks yss sponser tshirt :) nnt budjet bg lebih sket ye :)
picture ni pling cute..cheeseee.. :) UPM volunteers. nice!

part of university of ambassador ! ouh!really??
dis pic time smartors programe kat UM.. adik2 yg sgt best :)

 Group 14 smartors ..rindu lebih slalu lah..
    


p/s : jgn lupa like page ni 
then add page ni


thanks all of student volunteers, MASKUM :)
: Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia :



Tuesday 10 July 2012

lepaskan ia pergi..

Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita
Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita
Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita
Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita,
Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita,
Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH ada temankan kita..


Don't worry jika Cinta tak berbalas,
Itu BUKAN bermaksud anda tidak bagus. Cuma anda bukan yang dia cari je. huhu ^^ sedih kann~

Jangan putus asa, be strong, cekalkan hati, jika berkali-kali lagi cinta tak berbalas juga, anggaplah BELUM bertemu dia yang Allah jodohkan. Akan ada nanti, yang menyukai anda walau anda tidak melakukan apa-apa pun. Doa, usaha, tawakkal, InsyaAllah.

Keep the faith and believe !

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,
Kita diberi cubaan dengan kehilangan,
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan.









 "… Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu , tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih , terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu …"

Sunday 8 July 2012

kerana sehelai bulu mata ^^

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar.

Saya tak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.

Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?

Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"

Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,

"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

MasyaALLAH..







 p/s: sesungguhnya DIA Maha Mengetahui~


Saturday 7 July 2012

pesan pada diri ^^

salam semua :)

Cinta ni ibarat pisau bermata dua. Ia boleh mendatangkan keindahan dan ia juga boleh mendatangkan kemusnahan. Justeru Rasulullah S.A.W. berpesan

".. Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya saja, kerana ia boleh menjadi orang yang kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah orang yang kamu benci sewajarnya saja, kerana ia boleh menjadi orang yang kamu cintai pada suatu hari nanti .."

( Hadis Riwayat al-Tirmizi no 1997.)

 so, Berhati-hatilah bila bercinta.

Sejajar dengan itu, Carilah " pasangan " hidupmu, Yang mana jika engkau melihatnya. Engkau pasti akan TERINGAT pada Allah serta bercita-cita ke arah memperbaiki IMANMU kepada Allah.

  Pesan pada DIRI...

 Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.
 Pada insan yang tak mengerti.
 Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.
 Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati...

 p/s: Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.

 Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu lain lagi terbuka. Tetapi, sayangnya, kita sering menatap terlalu lama pintu yang telah tertutup tadi sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah dibukakan untuk kita sebagai gantinya.

"... Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki ..."



 

Pesan hati pada diri :

"... Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya ALLAH menjadikan dia untuk kita miliki atau ALLAH akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari itu. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan hak kita ..."

p/s: dah lama tak berjumpa ya! hehe ^^
actually baru balek dari tasik banding ni ..bertempat di hutan royal Belum, Grik ,Perak..
selama 4h3m.. nice place ^^ kalo sapa2 nak wat majlis kawen boleh la..hihi ^^so ,ada lagu baru nak bagi dengar cket.. ce klik kat bawah ni :)

http://www.youtube.com/watch?v=_WyLVrtLhvk

ya sudahlah- Bondan Prakoso & Fade2Black

Hidup mcm roller coaster.. Scary but fun. Relax, everything gonna be okay :)
cehh..mcm lagu ni tak?? hihi ^^
                                                      the view of Tasik Banding

                                                               awek2s cun ^^