بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Loving someone who doesn't love you back is like hugging a cactus...
The tighter you hold on, the more it hurts. ^^





Tuesday 23 September 2014

Sharing is our job



The sharing about my new hobbies ! yayyyyy!! Majlis Ta'lim . For more details ( Majlis Ta’lim Darul Murtadza: http://fb.com/DarulMurtadza, Tempat: Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa). Majlis ni setiap mlm sabtu hari jumaat tau. The feelings berpeluang berada dekat situ hanya Allah je yg tahu. haaa. nampak tak best kat situ. dan Habib Ali Zaenal pun dah jadi my fav idol. Mashallah tenang tengok muka dia. For those yg duduk jauh dari KL, dont worry ! Because they also have one blog that sharing about this Malis Ta'lim. "Sebanyak mana ilmu yg kita dapat, kita kena sebarkan kan". Tambah- tambah ilmu Allah SWT. 


just klik here: http://cocombee.com/bersabarlah-yang-allah-simpan-lebih-baik-habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid/ .

For readers yg rasa nak pergi, you should go selagi ada masa ni. sarah pun tak pergi setiap minggu. Inshallah , if ada masa lapang sarah join. sebab rasanya takda masalah org ramai nak join. Masjid tu pun besar, semua kemudahan dekat situ sangat lengkap, tempat parking dan dekat jugak dngn public transp. (LRT). If im not mistaken, just turun LRT Setiawangsa. Yang naik kereta, boleh gugel dihujung jari. hihi. Jangan malu dan rasa low confident nak pergi tempat macam tu. jangan rasa tak layak sbb kita Muslim mmg layak berada dekat situ. (inshaAllah nnti dua kali pergi mesti rasa tak nak skip, serius!) kadang2 kena sedar asyik tempat lagha jee yg aku pilih ! 
**hmm kena batang hidung sendiri.


Im gonna be busy lately. haha. Kelas mlm monday until wednesday. With my FYP matters. Fyi, Im also do a part time work on weekend and also everyday if I free. Guys, Pray for me . Hope I can handle anything what I do in well. Ameen :) 


Sunday 21 September 2014

Sedar Ke Tak Lagi tu?


Pernah tak dengar orang cakap:

"Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal",
atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak.

Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. 

Jadi bila org kata,
"semoga dpt rezeki yg berkat",
itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana?
 
Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2.

Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi.
 InshaAllah. 
Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal. 

c.to:hasnaninorizan, aku islam

Wednesday 17 September 2014

Chapter One

Aku pernah bercita-cita,

Mengejar cinta si dia,

Namun akhirnya aku kecewa,

Hanya duka lara datang menerpa.


Lalu aku berpaling pada si Dia,

Mengharap sekelumit kasih sayangNya,

Kusujud menyerah segala-galanya.

Kerna Dia yang mentakdirkan rahsia cinta.



amethyst-champak-170914

Wednesday 10 September 2014

Bisa itu Masih Ada


Aku tak layak untuk cemburu

Aku sedar siapa aku

Bukan seperti mereka di luar sana

Tapi aku cuba bangkit dari lemahnya diri ini

Cuba untuk kembali pada kalamullah yang telah ada sejak azali

Mohon kau pergi jangan tinggalkan kesan pada hati

Kerna hati ini
Pernah terluka dahulu
 
Masih berbisa.

110914

Saturday 6 September 2014

Kau dan Aku


Kau dan aku.
Dua nama.
Dua hati.
Dua jiwa.
Dua rasa.

Mungkin sama.
Mungkin berbeda.

Bersatukah di sini?
...atau mungkin di Jannah sana.

Kita tak tahu.
Rencana Dia penuh rahsia.

Tuhan.
Jagakan dia.
Sepertimana kau jaga aku untuk dia.
Kerna aku tahu jagaanMu Maha Sempurna.
Dan aku cuma insan biasa yang tak punya apa-apa.

rauna nia-champak. 060914