بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Loving someone who doesn't love you back is like hugging a cactus...
The tighter you hold on, the more it hurts. ^^





Thursday 6 November 2014

Keep Calm !

Every single thing yang kita rasa kita nak sangat tak semestinya kita dapat.

Every single thing yang kita buat tak semestinya orang suka dan menyenangi.

Every single thing yang orang lain buat bukan mudah kita suka,
kadang rasa bodoh dengan cara dia buat tu.

Ini serius.

Tapi satu je, Kau jangan emosi lebih.
Keep Calm bak kata Mr.Image.

Nanti lama-lama baik sendirilah tu.

1800 pm: baca journal dalam bilik tiba rasa nak tulis.


Tuesday 23 September 2014

Sharing is our job



The sharing about my new hobbies ! yayyyyy!! Majlis Ta'lim . For more details ( Majlis Ta’lim Darul Murtadza: http://fb.com/DarulMurtadza, Tempat: Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa). Majlis ni setiap mlm sabtu hari jumaat tau. The feelings berpeluang berada dekat situ hanya Allah je yg tahu. haaa. nampak tak best kat situ. dan Habib Ali Zaenal pun dah jadi my fav idol. Mashallah tenang tengok muka dia. For those yg duduk jauh dari KL, dont worry ! Because they also have one blog that sharing about this Malis Ta'lim. "Sebanyak mana ilmu yg kita dapat, kita kena sebarkan kan". Tambah- tambah ilmu Allah SWT. 


just klik here: http://cocombee.com/bersabarlah-yang-allah-simpan-lebih-baik-habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid/ .

For readers yg rasa nak pergi, you should go selagi ada masa ni. sarah pun tak pergi setiap minggu. Inshallah , if ada masa lapang sarah join. sebab rasanya takda masalah org ramai nak join. Masjid tu pun besar, semua kemudahan dekat situ sangat lengkap, tempat parking dan dekat jugak dngn public transp. (LRT). If im not mistaken, just turun LRT Setiawangsa. Yang naik kereta, boleh gugel dihujung jari. hihi. Jangan malu dan rasa low confident nak pergi tempat macam tu. jangan rasa tak layak sbb kita Muslim mmg layak berada dekat situ. (inshaAllah nnti dua kali pergi mesti rasa tak nak skip, serius!) kadang2 kena sedar asyik tempat lagha jee yg aku pilih ! 
**hmm kena batang hidung sendiri.


Im gonna be busy lately. haha. Kelas mlm monday until wednesday. With my FYP matters. Fyi, Im also do a part time work on weekend and also everyday if I free. Guys, Pray for me . Hope I can handle anything what I do in well. Ameen :) 


Sunday 21 September 2014

Sedar Ke Tak Lagi tu?


Pernah tak dengar orang cakap:

"Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal",
atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak.

Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. 

Jadi bila org kata,
"semoga dpt rezeki yg berkat",
itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana?
 
Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2.

Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi.
 InshaAllah. 
Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal. 

c.to:hasnaninorizan, aku islam

Wednesday 17 September 2014

Chapter One

Aku pernah bercita-cita,

Mengejar cinta si dia,

Namun akhirnya aku kecewa,

Hanya duka lara datang menerpa.


Lalu aku berpaling pada si Dia,

Mengharap sekelumit kasih sayangNya,

Kusujud menyerah segala-galanya.

Kerna Dia yang mentakdirkan rahsia cinta.



amethyst-champak-170914

Wednesday 10 September 2014

Bisa itu Masih Ada


Aku tak layak untuk cemburu

Aku sedar siapa aku

Bukan seperti mereka di luar sana

Tapi aku cuba bangkit dari lemahnya diri ini

Cuba untuk kembali pada kalamullah yang telah ada sejak azali

Mohon kau pergi jangan tinggalkan kesan pada hati

Kerna hati ini
Pernah terluka dahulu
 
Masih berbisa.

110914

Saturday 6 September 2014

Kau dan Aku


Kau dan aku.
Dua nama.
Dua hati.
Dua jiwa.
Dua rasa.

Mungkin sama.
Mungkin berbeda.

Bersatukah di sini?
...atau mungkin di Jannah sana.

Kita tak tahu.
Rencana Dia penuh rahsia.

Tuhan.
Jagakan dia.
Sepertimana kau jaga aku untuk dia.
Kerna aku tahu jagaanMu Maha Sempurna.
Dan aku cuma insan biasa yang tak punya apa-apa.

rauna nia-champak. 060914

Sunday 15 June 2014

happy papa's day, dad.


Jarang dia luahkan
Kerap dia sembunyikan
Selalu dia pendamkan
Walaupun dia tak ucapkan
 

Tapi kasih sayangnya tak dapat dinafikan.
While others mostly wish to beat you in almost everything,
It is the father
Who will stay
 

Dan kekal berharap
Kehidupan kau jauh lebih baik dari kehidupan mereka.
Ramai orang kata their father is their hero..
But hey, we can be our fathers' heroes too!
By acting good, dan doa..

We can be our dads' hero - saving them from the hellfire.
-rciku, champak

Sunday 8 June 2014

Janji Allah itu pasti

Pernah sakit,
Tapi tak pernah sesakit itu,
Kerana pernah cinta,
Tapi tak pernah sedalam itu.

Aku pernah setia, tapi aku diduakan
Aku pernah percaya, tapi aku kehilangan,
Aku pernah tulus, tapi aku dibohongi,
Aku pernah berharap, tapi harapan itu sia-sia,
 
Jangan pernah kau sentuh hati,
Jika rasa itu masih belum kau miliki,
Ia sama seperti kau sedang membunuhnya perlahan-lahan,
 
Aku duduk dan berfikir,
terkadang penat menjadi pemikir, 
Mungkin aku tidak kuat barangkali, 
 Tetapi diriMU tahu tentang aku yang silam, 
sekarang dan masa depan . 

 Seringkali berpesan pada diri, 
Bersabarlah wahai hati,

Janji Allah itu pasti :
"Allahumaghfirlaha warhamha"
 
-KasutTumitTinggi
champak.

Sunday 1 June 2014

buang

Mekarmu di sebalik pagar

Cantikmu dipuja mereka yang melihat

Namun tiada siapa yang berani melintasi pagar dek takut akan Tuanmu


Bayangkan kau diluar pagar

Pasti jari jemari kotor mereka akan merosakkanmu

Pasti sesuka hati kecantikanmu dirobek

Kelopakmu dipegang dan lantas dipetik


Lalu apa??
Mereka buang.
Ya. Mereka buang.

Jangan berbangga pabila kecantikanmu disanjung

Kerna cantikmu tak kekal, hanya mengunjung

Bersyukurlah andai kau merasa terkurung

Bergembiralah kerana Tuanmu masih melindung.


~rciku | 120813

perempuan

untung ada Tuhan yang menjaga.
kalau tidak,
pasti aku menjadi perempuan yang mudah.

  mudah melafaz
  mudah menerima
mudah mencinta

untung menjadi perempuan yang dijaga.
kerana pada saat ini perasaan sangat ingin diminta turutkan.
tapi kerana perempuan ini dijaga,
lalu dia pun terjaga.
dan yang lain turut terjaga.

alangkah indah berada dalam jagaan Allah !

kerana ada Dia sebagai penjaga,
sakit yang ditanggung jiwa rasa macam tak apa.

oh, memang tak apa.
sebab jiwa ini memang berada di tangan-Nya.


-champak.

Thursday 27 March 2014

satu Ketentuan

ketika itu
detik itu
dia berjalan sendirian
melangkah dengan berjuta harapan tujuan serta matlamat
perjalanan ketika itu bersendirian
tanpa manusia yang dikenalinya
membuatkan dia melangkah dengan seribu keberanian di dalam rohnya
dan jasadnya
dia terlihat
satu kelibat yang membuatkan dirinya sedar siapa dia di dunia ini
tiada sebelah kaki
tidak sempurna
ditepi lorong-lorong kecil tempat mencari sesuap nasi
bagi meneruskan hidup
dia sedar dari dulu lagi 
sejak dia berpijak di bumi ini
tertanya di benak fikiran 
mengapa tiada jalan lain yang boleh dilakukan
tidak mengapa
itu pilihan yang dibuat
mengerti
itu yang Maha Pencipta tetapkan untuknya.

8.15pm

Tuesday 25 March 2014

Bila

Harapan. satu perkataan. satu penantian.

sampai bila.

setiap hari aku menunggu.

berjuta cara aku lakukan.

siang malam sepertiga malam

berdoa tanpa putus harapan

tangisan sehingga tiada erti

mencari sebab kenapa penantian yang selama ini ditunggu 

masih belum ada jawapannya.

mereka semua gembira dengan masing-masing apa yang

mereka miliki

tapi aku sampai bila

sedetik dihati hampir tewas dalam perjuangan ini

bilamana hanya seorang diri berada di atas jalan ini

hairan  dan hairan

apa silap aku

apa khilaf aku

apa yang tidak cukup

apa yang perlu aku lakukan

semua itu bermain dan berlegar-legar dalam

fikiran ini

setiap hari setiap detik

aku mahu tahu

sehingga apa yang dinantikan

apa yang ditunggukan 

akan tiba

tapi sampai bila.

I 3.33pm, 25 mac 2014 I


Monday 17 February 2014

new semester dah mula,
fuhhhhh... brrr....
tarik nafas panjang dan dalam,
dalam lagiii!
hehe
kekuatan dalam diri dicari supaya seiring semangat yang hadir,
semoga diberi kefahaman dan kecerdikan yang hakiki,
cewahh!
ayat puitis gitu ^^





p/s: amalkan selalu doa ni,
       supaya sama-sama kita dimurahkan rezeki olehnya.

#ehemm. hamba dah ada instagram ! wuuu, jgn lupa follow http://instagram.com/saraayasmeen. :p