بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Loving someone who doesn't love you back is like hugging a cactus...
The tighter you hold on, the more it hurts. ^^





Thursday 27 March 2014

satu Ketentuan

ketika itu
detik itu
dia berjalan sendirian
melangkah dengan berjuta harapan tujuan serta matlamat
perjalanan ketika itu bersendirian
tanpa manusia yang dikenalinya
membuatkan dia melangkah dengan seribu keberanian di dalam rohnya
dan jasadnya
dia terlihat
satu kelibat yang membuatkan dirinya sedar siapa dia di dunia ini
tiada sebelah kaki
tidak sempurna
ditepi lorong-lorong kecil tempat mencari sesuap nasi
bagi meneruskan hidup
dia sedar dari dulu lagi 
sejak dia berpijak di bumi ini
tertanya di benak fikiran 
mengapa tiada jalan lain yang boleh dilakukan
tidak mengapa
itu pilihan yang dibuat
mengerti
itu yang Maha Pencipta tetapkan untuknya.

8.15pm

Tuesday 25 March 2014

Bila

Harapan. satu perkataan. satu penantian.

sampai bila.

setiap hari aku menunggu.

berjuta cara aku lakukan.

siang malam sepertiga malam

berdoa tanpa putus harapan

tangisan sehingga tiada erti

mencari sebab kenapa penantian yang selama ini ditunggu 

masih belum ada jawapannya.

mereka semua gembira dengan masing-masing apa yang

mereka miliki

tapi aku sampai bila

sedetik dihati hampir tewas dalam perjuangan ini

bilamana hanya seorang diri berada di atas jalan ini

hairan  dan hairan

apa silap aku

apa khilaf aku

apa yang tidak cukup

apa yang perlu aku lakukan

semua itu bermain dan berlegar-legar dalam

fikiran ini

setiap hari setiap detik

aku mahu tahu

sehingga apa yang dinantikan

apa yang ditunggukan 

akan tiba

tapi sampai bila.

I 3.33pm, 25 mac 2014 I