بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Loving someone who doesn't love you back is like hugging a cactus...
The tighter you hold on, the more it hurts. ^^





Sunday, 1 June 2014

perempuan

untung ada Tuhan yang menjaga.
kalau tidak,
pasti aku menjadi perempuan yang mudah.

  mudah melafaz
  mudah menerima
mudah mencinta

untung menjadi perempuan yang dijaga.
kerana pada saat ini perasaan sangat ingin diminta turutkan.
tapi kerana perempuan ini dijaga,
lalu dia pun terjaga.
dan yang lain turut terjaga.

alangkah indah berada dalam jagaan Allah !

kerana ada Dia sebagai penjaga,
sakit yang ditanggung jiwa rasa macam tak apa.

oh, memang tak apa.
sebab jiwa ini memang berada di tangan-Nya.


-champak.

Thursday, 27 March 2014

satu Ketentuan

ketika itu
detik itu
dia berjalan sendirian
melangkah dengan berjuta harapan tujuan serta matlamat
perjalanan ketika itu bersendirian
tanpa manusia yang dikenalinya
membuatkan dia melangkah dengan seribu keberanian di dalam rohnya
dan jasadnya
dia terlihat
satu kelibat yang membuatkan dirinya sedar siapa dia di dunia ini
tiada sebelah kaki
tidak sempurna
ditepi lorong-lorong kecil tempat mencari sesuap nasi
bagi meneruskan hidup
dia sedar dari dulu lagi 
sejak dia berpijak di bumi ini
tertanya di benak fikiran 
mengapa tiada jalan lain yang boleh dilakukan
tidak mengapa
itu pilihan yang dibuat
mengerti
itu yang Maha Pencipta tetapkan untuknya.

8.15pm

Tuesday, 25 March 2014

Bila

Harapan. satu perkataan. satu penantian.

sampai bila.

setiap hari aku menunggu.

berjuta cara aku lakukan.

siang malam sepertiga malam

berdoa tanpa putus harapan

tangisan sehingga tiada erti

mencari sebab kenapa penantian yang selama ini ditunggu 

masih belum ada jawapannya.

mereka semua gembira dengan masing-masing apa yang

mereka miliki

tapi aku sampai bila

sedetik dihati hampir tewas dalam perjuangan ini

bilamana hanya seorang diri berada di atas jalan ini

hairan  dan hairan

apa silap aku

apa khilaf aku

apa yang tidak cukup

apa yang perlu aku lakukan

semua itu bermain dan berlegar-legar dalam

fikiran ini

setiap hari setiap detik

aku mahu tahu

sehingga apa yang dinantikan

apa yang ditunggukan 

akan tiba

tapi sampai bila.

I 3.33pm, 25 mac 2014 I


Monday, 17 February 2014

new semester dah mula,
fuhhhhh... brrr....
tarik nafas panjang dan dalam,
dalam lagiii!
hehe
kekuatan dalam diri dicari supaya seiring semangat yang hadir,
semoga diberi kefahaman dan kecerdikan yang hakiki,
cewahh!
ayat puitis gitu ^^





p/s: amalkan selalu doa ni,
       supaya sama-sama kita dimurahkan rezeki olehnya.

#ehemm. hamba dah ada instagram ! wuuu, jgn lupa follow http://instagram.com/saraayasmeen. :p


Thursday, 28 November 2013

MY sweet heart forever

29 november 1966

Lahirlah seorang bayi perempuan 
oleh sepasang suami isteri dengan kehidupan mereka yang sangat sangat susah,

serba kekurangan,
ditambah pula dengan pada zaman ketika itu yg kita juga tahu berbeza dengan masa sekarang,

bayi perempuan itu adalah anak yang ke 7 daripada 9 org adikberadik,
dibesarkan dalam keadaan yang sangat susah,
tapi dia tak pernah mengeluh,
dia tahu.. itu adalah takdir Allah untuknya,

Bersekolah sehingga darjah enam,
pergi sekolah dengan menaiki boat untuk merentasi sungai yg sangat jauh dari rumah,
berkongsi pakaian yg lusuh  dengan  kakak-kakaknya,

kasut sekolah yang terkoyak rabak kerana
bertahun-tahun kasut dan baju itu tidak diganti dengan yang baru mungkin..

demi menuntut ilmu untuk masa hadapan gagahkan juga dirinya untuk pergi
sehinggalah terasa kesusahan yg ditanggung oleh ibubapanya,
mengambil keputusan untuk berhenti sehingga tamat darjah enam,

dan memberi peluang kepada adik-adik untuk menyambung persekolahan mereka.

Didikan ibuayahnya amatlah menitik beratkan mengenai agama,
jangan sesekali tinggal solat, rajin mengaji..

dan itulah diamalkan oleh aku sekarang,
Al-ham-dulillah..

walaupun mama tak belajar tinggi mana,
syukur aku dapat juga masuk ke universiti,
yaa..
itulah harapan abah dan mama,

mungkin aku tak berapa merasai kesusahan oleh ibu aku, 
tapi, aku cuba mengingatkan diri hidup jangan terlalu mewah,
biarlah bersederhana,

dan sehingga sekarang aku selalu rasa serba salah
pabila aku makan ditempat-tempat mewah( cth secret recepi, pizza hut, johnys, etc)
apaa yang ibuayah aku makan sekarang ya?

terawang-awang dikepala..
mashallah.. berkatkah apa yg aku makan ni,
sedangkan ibuayah dirumah hanya makn nasi berlauk ikan goreng saja..
 sungguhh kadang-kadang kita tidak pernah sedar akan itu..

dan untuk kali ini 
MAMA, SELAMAT HARI LAHIR YG KE 47.

terima kasih atas segala berjuta-jutaaa pengorbanan untuk adik selama ini.
hanya Allah yang dapat membalas segalnya untukmu IBU..

inshallah jika umur panjang dan jika sempat akan ku balas segala jasamu IBU.

dan ini untukmu ibu..


IBu.
 

Aku ada sesuatu untukmu.

Tak seberapa memang bila dibandingkan dengan cinta yang tercurah dari tubuhmu.

Tidak ada nilai memang seperti darah yang telah engkau bagi dalam nadiku, seperti darah yang engkau tumpahkan bagi kelahiranku..

Aku punya cinta untukmu Ibu..

hidupku, taatku, doaku.. selalu dan selalu aku sematkan untukmu



IBU,

Cintaku padamu adalah doa yang tak pernah berakhir. 

 Seperti senja yang terus hadir di ufuk barat..

Sebaris cerita yang tak akan pernah mampu aku lupa..

"saat aku tersungkur dan terjatuh, engkau berlari dan tak peduli pada musim agar dapat memelukku kembali"


Ibu, 
aku rindu bagaimana engkau memeluk saat aku menangis, 

bagaimana aku memeluk saat engkau menangis..

yaa.. engkau pernah menangis, 
tapi aku tak pernah tahu..

you are my sweet heart forever,
no else could replace your place,
sehingga akhir hayat.







lotsofhugss,
saraayasmeen.

Sunday, 24 November 2013

#3 after seven months update.

friends is the second person after family.

sorry semua, nanti iolls akan update story moryy spanjang seven months ni ye.

terlalu busy skrg dan malas.

haha.

see yuu :)

Lots of hugss;
saraayasmeen

Wednesday, 6 March 2013

#2

assalamualaikum semua wahai pembaca-pembaca sekalian,

bagaimana kehidupan sekarang?

adakah berjalan dengan sempurna tanpa ujian?

Alhamdulillah jika ya.

tapi bagi saya tidak sama sekali.

semakin hari, semakin banyak pula ujian mendatang,

ya, hati sudah pasti sedih.

kadang-kadang terasa tiada siapa sudi mendengar luahan hati kita kan.

walaupun sesungguhnya kita tahu kita ada Yang Maha Esa.

yang sentiasa mengingati kita, merindui kita

tak kala kita susah atau senang.

tapi kita yang selalu melupakannya.

dikala sedih baru terkejar-kejar nak memohon kepadanya.

nauzubillah.

hidup ini terlalu banyak leka dengan duniawi yang kita tak pernah sedar akhirat sentiasa dekat dengan kita.

bila kita di atas kita selalu rasa bahagia, gembira, selesa

tak salah sebenarnya bahagia.

mungkin ia menjadi inspirasi buat kita,

membuat kita tersenyum sentiasa.

tapi lain pula bagi yang merasakan diri selalu berada dibawah,

merasakan diri sangat malang

tak bernasib baik,

sebenarnya itulah yang akan menjadi kekuatan buat diri kita

untuk bangkit dari kejatuhan, kegagalan tersebut.

inshallah.

anda.anda.anda sekalian.

dan saya akan diberi kekuatan yang tak pernah kita jangka akan menjadi sekuat itu :)






salam sayang;
sarah yasmin